Tentang Kami

Menyediakan Penyelesaian Sempurna buat Industri Pertanian Anda

G-Planter Sdn. Bhd. adalah syarikat perlindungan tanaman terkemuka dan penyedia perkhidmatan pertanian di Malaysia dan Indonesia. Kami membantu ribuan pengamal pertanian dan petani dalam meningkatkan produktiviti mereka sambil menekankan amalan pertanian yang lestari.

 

Ditubuhkan dan diasaskan pada tahun 2004 oleh sekumpulan pakar berpengalaman dalam bidang pertanian dan perladangan, kami telah bertahan daripada kemelesetan ekonomi, pandemik dan berkembang dari sebuah pejabat lot kedai kecil menjadi sebuah perusahaan industri dengan pelbagai cawangan dan hab yang terletak di lokasi-lokasi strategik di seluruh Malaysia dan Indonesia.

 

Kami mengutamakan inovasi dan berdedikasi sepenuhnya dalam memajukan pertanian lestari. Kami memegang kepercayaan bahawa amalan lestari dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga kepada petani dan masyarakat secara keseluruhan. Usaha yang berterusan sentiasa diterapkan untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami bagi memastikan bahawa kami menyediakan penyelesaian yang paling cekap dan berkesan kepada pelanggan kami. Dedikasi kami terhadap kelestarian adalah teras kepada nilai-nilai kami, dan kami komited dalam menggunakan sumber yang kami ada untuk memberi impak positif kepada industri dan dunia.

Visi

UNTUK MENYEDIAKAN PRODUK BERKUALITI TINGGI

dan perkhidmatan profesional beserta etika perniagaan yang tertinggi

Misi

UNTUK MENJADI PEMIMPIN DALAM INDUSTRI PERTANIAN

dengan menyediakan penyelesaian yang boleh dipercayai dan inovatif kepada pelanggan
dan pengguna serta mengurangkan impak kepada alam sekitar.

Prinsip Utama Kami

Jujur & Rajin

Kami mengamalkan prinsip keterbukaan
Kami meletakkan kepercayaan antara satu sama lain dan berasa selamat di tempat kerja.
honest-hardworking-img

Kuality & Kebolehpercayaan

Kami komited untuk cemerlang.
Kami membina kredibiliti dan mengamalkan profesionalisme

core-values-quality-reliability

Kerjasama

Kami belajar dan berkongsi ilmu & kemahiran
Kami bermain dan menikmati bersama-sama

escape

Prinsip Utama Kami

Jujur & Rajin

Kami mengamalkan prinsip keterbukaan
Kami meletakkan kepercayaan antara satu sama lain dan berasa selamat di tempat kerja.
honest-hardworking-img

Kuality & Kebolehpercayaan

Kami komited untuk cemerlang.
Kami membina kredibiliti dan mengamalkan profesionalisme

core-values-quality-reliability

Kerjasama

Kami belajar dan berkongsi ilmu & kemahiran
Kami bermain dan menikmati bersama-sama

Memperluaskan kehadiran kami

RM82.54M

Tanaman Sawit

RM32.14M

Sayur-sayuran & Buah-buahan

RM49.43M

Tanaman Padi

Prestasi Hasil Mengikut Tahun (RM)

Kami adalah sebuah syarikat yang dinamik dan berkembang pesat dengan rekod pencapaian yang terbukti, mencapai Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) sebanyak 20.09% dalam tempoh 9 tahun.

Chart by Visualizer

Kami sedang membuat penambahbaikan pada Halaman Kelestarian kami.
Terus ikuti perkembangan kami untuk maklumat lanjut.