Kami akan menghasilkan reka bentuk G-Drip yang komprehensif mengikut keperluan air yang disyorkan untuk ladang berdasarkan keadaan tanah.
Sistem pengairan G-Drip berfungsi dengan membekalkan air terus ke tempat yang diperlukan sahaja, iaitu ke dalam polibeg. Pengairan titisan diketahui sebagai kaedah pengairan paling cekap dengan kecekapan penggunaan air 95-100%. Ini berbanding dengan sistem penyiram yang mempunyai kecekapan 80-85% atau pengairan banjir dan batas yang cekap 60-70%. Kecekapan ini berkaitan dengan keberkesanan sistem terhadap prestasi tanaman dan akhirnya terhadap hasil serta keuntungan pekebun.
Spesifikasi/Ciri-ciri:
- Kira dan pilih Motor, Enjin, dan Pam berdasarkan keadaan nursery
- Reka bentuk lengkap paip pengairan dan kelengkapan
- Bantuan GPS untuk reka bentuk yang tepat
- Reka bentuk yang memudahkan pengurusan pengairan
- G-Drip juga mesra alam dan mematuhi garis panduan peraturan seperti Good Agricultural Practices (GAP) dan RSPO.