02 Jun Mengubah Cabaran kepada Kemenangan
Mengubah Cabaran kepada Kemenangan: Mencapai Kejayaan Melalui Ketabahan
G-Planter didorong oleh rasa tanggungjawab yang kuat untuk penambahbaikan berterusan dan memberikan nilai tambahan kepada pelanggan. Matlamat kami adalah untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh yang dapat menangani masalah dan keperluan pelanggan dengan memanfaatkan keupayaan kami serta memahami perspektif pelanggan untuk memberikan manfaat maksimum.
Kami menekankan tentang bagaimana kami dapat membantu pelanggan dan pengguna menyelesaikan cabaran serta kesukaran dalam bidang pertanian dengan menyediakan penyelesaian yang boleh dipercayai dan inovatif, secara tidak langsung turut memberi kesan rendah kepada alam sekitar serta perkhidmatan profesional dengan amalan perniagaan yang tertinggi.
Memperkasa Pekerja dengan Mengatasi Limitasi Pengetahuan
Dalam dunia hari ini, pertanian lestari semakin penting. Kejayaan amalan pertanian lestari sangat bergantung kepada pengetahuan pekerja. Walau bagaimanapun, banyak agensi menghadapi cabaran dalam menyediakan latihan yang berkesan dan berulang kali kepada pekerja ladang, kerana budaya pekerja ladang yang sering berubah-ubah. Untuk menangani jurang ini, kami menawarkan inisiatif perkhidmatan elit yang menyediakan latihan percuma untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengguna dalam menggunakan produk perlindungan tanaman dengan berkesan.
Perkhidmatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran pekerja, tetapi juga mengurangkan kekurangan pengetahuan dan memperkasakan pekerja untuk mengamalkan pertanian lestari. Melalui inisiatif kami ini, kami berhasrat untuk menyediakan peluang kepada pekerja ladang untuk bebas dari menjadi buruh tidak mahir kepada amalan lestari yang memberi manfaat kepada alam sekitar dan ekonomi. Latihan ini akan menjimatkan masa dan kos syarikat, memperbaiki kecekapan, dan meningkatkan keuntungan.
Merevolusikan Produktiviti dan Menangani Kekurangan Tenaga Buruh
Kekurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian adalah kebimbangan global yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti penuaan tenaga kerja pertanian, kurangnya minat generasi muda, dan kesukaran kerja itu sendiri. Untuk menangani masalah ini, kami melaksanakan kaedah inovatif seperti berikut:
Weedaway – menyekat pertumbuhan rumpai dan mengurangkan keperluan untuk merumput secara kerap. Ia menyediakan alternatif yang menjimatkan kos dan masa bagi kawalan rumpai. Hasilnya, penggunaan bahan kimia berkurangan dan produktiviti tenaga kerja meningkat sebanyak 40-60% dalam tempoh dua tahun pertama penanaman.
Hyplug – meningkatkan kecekapan pemindahan anak benih. Kaedah ini mempercepatkan proses penanaman berbanding polibeg tradisional, menjimatkan masa dan mengurangkan kerja manual. Reka bentuknya meningkatkan perkembangan akar dan pertumbuhan anak benih, yang boleh mengurangkan keperluan tenaga kerja manual untuk menjaga kesihatan tanaman.
Garlon Mix – racun rumpai yang berkesan untuk mengawal rumpai berdaun lebar dan memelihara nephrolepis kerana kawalan residual yang lama. Ia terbukti menghalang pencerobohan rumpai di ladang, mengurangkan penggunaan bahan kimia dan meningkatkan produktiviti tenaga kerja.
Bravo – penyembur yang dipasang pada traktor dengan keupayaan penyesuaian yang lebih baik untuk keperluan ladang dengan sudut semburan yang fleksibel untuk kawalan ulat bungkus di ladang kelapa sawit. Ia boleh berfungsi mengikut ketinggian tanaman dan jarak penanaman tanpa perlu pelarasan besar. Bravo membantu menangani kekurangan tenaga buruh kerana sistem kawalan berpusat hanya memerlukan seorang pekerja untuk mengendalikannya. Tambahan lagi, produktiviti Bravo mampu mencapai sehingga 20 hektar sehari.
Pergandingan untuk Mendorong Pematuhan ESG
Pematuhan ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus) semakin penting kerana ia adalah untuk memastikan syarikat beroperasi secara bertanggungjawab dan mampan, dengan mengambil kira kesan operasi mereka terhadap alam sekitar, pekerja, dan masyarakat secara keseluruhan. G-Planter amat komited terhadap ESG dan membantu pelanggan mencapai pematuhan kepada keperluan ESG, termasuk peraturan yang berkaitan dengan kesan alam sekitar.
Inisiatif “Environs Savvy” G-Planter membantu pelanggan mencapai pematuhan terhadap peraturan RSPO dan MSPO dengan cara yang inovatif dan mesra alam melalui Program Kitar Semula Bekas Racun Plastik (UPPCRP), yang melibatkan kitar semula sisa. Kami telah mengumpulkan 97% daripada jumlah keseluruhan bekas racun plastik yang digunakan di peringkat nasional dari 9 agensi. Selain itu, untuk mengurangkan kesan buruk racun perosak terhadap alam sekitar, kami mengutamakan penawaran dan pembekalan racun perosak kelas IV, yang paling tidak beracun, bagi mengurangkan impak negatif racun perosak kepada alam sekitar.