28 Apr Bravo
Bravo
Penyemburan Tepat Untuk
Kawalan Lebih Baik,
Terhadap Perosak Di Kawasan Sawit Yang Tinggi
Penyembur yang dipasang pada traktor ini – Bravo, dipatenkan dengan teknologi polarisasi elektrostatik yang membantu memberikan liputan penyemburan yang lebih baik untuk rawatan racun perosak berbanding kaedah lain.
Bagaimana ia berfungsi?
Atomizer penyembur dipasang dengan elektrod yang akan mengenakan cas elektrostatik positif (+ve) kepada titisan semburan.
Ini membantu meningkatkan lekatan bahan kimia pada permukaan sasaran, sekaligus meningkatkan liputan permukaan sasaran dan keberkesanannya.